Langkau ke kandungan utama

Bujang oh bujang

Hai kenapa orang tanya soalan nih.
Hari nih kita punya topik, "kenapa aku single?". Hurmmm... Menarik. Topik nih khas buat sekalian mak cik-mak cik bawang. Diorang mesti suka gila Lagi-lagi kalau yang single tu perempuan. Pergh, boleh bertarik rambut, bersumpah seranah, ada sikit berdendamlah kalau dengar.

Nak salahkan diri tak cantik, ada jer perempuan model tapi single. Tak pandai, lagi ramai yang berpendidikan tinggi tak kahwin. Duit takda, nih alasan selalunya untuk orang lelaki. Pengotor, ysng nih tak tahu nak komen apa. Kerja rumah kelaut, apa ingat kahwin tuh kerja jadi hamba abdi? Minta maaf ya. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Sila cuba sekali lagi.

Bagi aku, kesuluruhannya semua orang yang single nih diorang mungkin ada kisah tersendiri kenapa tak kahwin-kahwin. Yang nih, korang tepuk tangan tiga kali, tanya diri sendiri kenapa. Hehehe. Orang gila jer tak nak kahwin. Semua orang nak ada yang sayang dia, tolong suap masa sakit, nak tempat manja-manja. Dan, apa-apa jelah kan. Geli pulak nak beromantika de amour kat sini. Tapi tulah, hati dan perasaan tak boleh nak paksa-paksa.

Mak ayah korang yang paksa, bincang lah baik-baik. Bagi aku sekali lagi, lebih baik single daripada salah pilih pasangan. Dapat yang jenis hari-hari nak bertinju semua, lebam sana sini. Nauzubillah. Lagi teruk, ajak makan pasir sama. Maksudnya, kewangan menipis. Hah, ni semua bukan mak ayah korang yang rasa. Diri sendiri weh yang merana. Kau nak?

Sekarang nih banyak jugak kes LGBT, gay dan lesbian sana sini. Nih jugak tergolong dalam bab salah pasangan. Aku cakap benda betul, realiti. Kalau korang hebat dan iman tinggi, dapatlah korang bawak dia ke jalan benar. Kalau tak, tenaga zahir mungkin 50:50, tenaga batin tuh kesempurnaan dia jangan tanya aku. Aku tak tahu nak khabak. Tuh belum bab ada pasangan HIV atau penyakit berjangkit. Woah. Dan sekali lagi, korang nak ker?


Aku bukan takutkan siapa yang bakal berkahwin atau yang single-mingle nih. Biarlah pasangan kita tuh adalah yang terbaik intuk kita. Aku punya nasihat, Allah tahu mana jodoh ketentuan untuk kita. Dah tertulis mungkin jodoh korang tulat ke, lusa ke, ke hujung tahun, tahun depan. Teruskan berdoa. Insyaallah, ada.

Tak yah pening-pening. Sementara nak tunggu jodoh, hah apa lagi... Belajarlah masak, bakti kat ibu bapa, mendeco rumah, jadi pembersih, jadi elok cantik-cantik. Tuh namanya usaha. Jadi nanti ada jodoh, biar lekat terus. Gam gajah oakai. Tak yah tunang, akad terus. Hah, kannn. Terlopong mak cik bawang semua. Ok bai.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sekolah di Malaysia

Hai. Untuk topik pertama, aku pergi taip ayat "kenapa aku..." dan pak cik Google bagi aku ayat seterusnya. Yang mana aku rasa macam nak hentak kepala kat dinding jer. Gila tragik duh, hidup siapa nih. Baik mengaku cepat! Kenapa aku bodoh? Kalaulah korang pergi mana-mana kaunter pertanyaan ajukan soalan camni..  diorang pon serba salah nak gelak ke nak sedih. Sebab memang tak ada boleh nak bagi jawapan pasti. Terus terang, Alhamdulillah Allah bagi aku cukup sifat IQ semua. Nak ikutkan sistem pendidikan malaysia atau mana-mana institusi luar negara sekalipun, orang yang IQ rendah selalu dok kelas belakang. Mereka nih akan dipinggirkan macam kelas hamba abdi dan para pahlawan zaman dulu kala. Hasta kata orang tuh. Aku memang paling membangkang dengan sistem ini. Sebab apa? Sebab kawan aku ramai kat sini. Best woo kawan dengan diorang. Diorang pandai buat lawak... Bodoh. F. Haip. Serius. Macam nilah, gambarkan bila bab hasta nih... Macam golongan kaya dengan orang kaya