Langkau ke kandungan utama

Sekolah di Malaysia

Hai.
Untuk topik pertama, aku pergi taip ayat "kenapa aku..." dan pak cik Google bagi aku ayat seterusnya. Yang mana aku rasa macam nak hentak kepala kat dinding jer. Gila tragik duh, hidup siapa nih. Baik mengaku cepat! Kenapa aku bodoh? Kalaulah korang pergi mana-mana kaunter pertanyaan ajukan soalan camni..  diorang pon serba salah nak gelak ke nak sedih. Sebab memang tak ada boleh nak bagi jawapan pasti.



Terus terang, Alhamdulillah Allah bagi aku cukup sifat IQ semua. Nak ikutkan sistem pendidikan malaysia atau mana-mana institusi luar negara sekalipun, orang yang IQ rendah selalu dok kelas belakang. Mereka nih akan dipinggirkan macam kelas hamba abdi dan para pahlawan zaman dulu kala. Hasta kata orang tuh. Aku memang paling membangkang dengan sistem ini. Sebab apa? Sebab kawan aku ramai kat sini. Best woo kawan dengan diorang. Diorang pandai buat lawak... Bodoh. F.

Haip. Serius. Macam nilah, gambarkan bila bab hasta nih... Macam golongan kaya dengan orang kaya jer, yang miskin dengan miskin. Yang kaya makin kaya, yang miskin teruskan meminta. Tak best kan, bila Malaysia nak maju? Ikutkan, diorang memang ada yang jenis yang susah nak hadam, tapi kalau bagi ruang. Ada potensi. Sebab semua orang berhak diberikan peluang kedua. Hurmmm... Atau mereka ini mempunyai kelebihan dalam bab kemahiran pung-pang menukang semua. Yang mana aku sendiri tak pandai gila ah. Jikalau mereka adalah golongan kreatif terlebih, aku innovatifkan dalam demensi lain. Bergabung. Meletup! Betul tak? Malaysia jugak yang maju. Tak payah dah ikut sistem British tuh. Lapuk.

Itulah yang aku nak taip bila ayat, Kenapa aku bodoh, ni keluar. Sekarang sekolah lebih kepada menyuruh kita mengikut sistem dan protokol yang tak ada faedah pon kadang kala untuk masa depan sesorang. Sebab tu ada yang habis Spm, tak ada kerja. Tak pasti bidang apa yang bagus. Lagi teruk, umur dah 18 tahun tapi tak nak buat apa dalam hidup. Sedih tahu. Inilah generasi sekarang, generasi mellenial... Fakta.

Aku tak salahkan mana-mana cikgu, aku tak salahkan ibu bapa pagi-pagi yang hantar anak pergi sekolah. Aku bukan anti-sekolah. Aku pon sendiri bekas manusia yang bersekolah. Tapi bila dah besar nih, aku cuma terkilan dalam banyak sudut. Sekolah... Korang akan habiskan dalam mungkin separuh hidup untuk hadap benda ni. Pastu bersambung nak kejar Phd bagai, kemudian nak ajar anak pulak. Roda tuh berputar.

Aku cuma harap sistem pembelajaran sekolah Malaysia itu sendiri diperbaiki. Kita nih hidup dalam era yang berteknologi, berdata sana sini. Semua serba pantas. So, juga patutnya sekolah adalah tempat yang membangunkan bakat dan kelebihan dan asah gila-gila. Korang rembatlah pakai penyapu sekalipon suruh diorang usaha untuk gigih  Selain juga mendedahkan sejarah dan kehidupan masa depan. Aku agak, daripada tingkatan tiga dah boleh menentukan macam mana sistem Universiti yang ada kena intern kat syarikat mana-mana. Keluar Spm, syarikat yang tawarkan kerja sebab dah tahu luar dalam kemahiran seseorang. Korang hade?

Lepastu, uiversity nih tak payah ada diploma dah. Boleh tutup kilang, lebihkan kepada research and development kata bahasa omputeh. Ini sesuai untuk yang siapa nak sambung belajar phd ke apa yang IQ tahap tinggi zirafah. Mereka nih serap buat innovafifkan semua idea asal bagi bangunkan Malaysia sampai alien kat Pluto tu terkejut beruk. Gempak tak ayat aku? Hahahha...

Jadi, aku harap siapa-siapa yang tanya soalan camni atau mungkin satu hari terlintas nak tanya. Aku dah siap-siap bagi jawapan. Akhir kata, jangan kata diri ini bodoh. Yang menyamakan manusia dan haiwan ialah otak, dan membezakan manusia dan haiwan adalah akal. Akal Allah sanjung, letak kat atas sekali... Kat kepala. Gunakan sebaiknya. Usaha sampai had ke penghujung. Korang boleh buat, fighting! Sebab tuh otak atau akal jangan letak kat lutut. Aku pelangkung kang. Okay. Bai.


Ulasan