Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bujang oh bujang

Hai kenapa orang tanya soalan nih. Hari nih kita punya topik, "kenapa aku single?". Hurmmm... Menarik. Topik nih khas buat sekalian mak cik-mak cik bawang. Diorang mesti suka gila Lagi-lagi kalau yang single tu perempuan. Pergh, boleh bertarik rambut, bersumpah seranah, ada sikit berdendamlah kalau dengar. Nak salahkan diri tak cantik, ada jer perempuan model tapi single. Tak pandai, lagi ramai yang berpendidikan tinggi tak kahwin. Duit takda, nih alasan selalunya untuk orang lelaki. Pengotor, ysng nih tak tahu nak komen apa. Kerja rumah kelaut, apa ingat kahwin tuh kerja jadi hamba abdi? Minta maaf ya. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Sila cuba sekali lagi. Bagi aku, kesuluruhannya semua orang yang single nih diorang mungkin ada kisah tersendiri kenapa tak kahwin-kahwin. Yang nih, korang tepuk tangan tiga kali, tanya diri sendiri kenapa. Hehehe. Orang gila jer tak nak kahwin. Semua orang nak ada yang sayang dia, tolong suap masa sakit, nak tempat manja-m
Catatan terbaharu

Ujian itu rezeki

Hai. Korang okay? Sebabkan tajuk kali nih tentang ayat, "kenapa aku diuji" , tuh yang aku tanya korang okay ke. Aku tak nak lah sibuk nak selak kaki kain orang. Nak hulur tisu tu mungkin boleh. Tapi, yang penting aku boleh bagi nasihat sikit dan doakan kesejahteraan korang daripada jauh. Jangan sedih-sedih, dan jangan salahkan takdir okay. Ujian Allah tuh rezeki. Sebab mungkin di masa depan, ada rahmatNya yang kita sendiri tak sedar.  Mungkin korang ingat, aku cakap senanglah. Aku tak laluinya. Betul. Aku memang tak laluinya, sebab Allah tak pilih aku. Allah pilih kau, kau orang terpilih antara beribu. Hanya kau. Sebab dia ingat kat kau. Kau sedar tak? Dan, Allah tuh takkan bagi ujian yang tak terdaya beban pada kaumnya. Tengok, Allah tahu kau kuat. Apa lagi, lap air mata. Lawan.  Sekali lagi aku cakap, ujian Allah tuh rezeki. Korang memang akan rasa teruk. Biarlah puaskan nafsu menangis, meraung lapan hari lapan malam, nendang-nendang ke apa. Pastu, ambil negatif

Sekolah di Malaysia

Hai. Untuk topik pertama, aku pergi taip ayat "kenapa aku..." dan pak cik Google bagi aku ayat seterusnya. Yang mana aku rasa macam nak hentak kepala kat dinding jer. Gila tragik duh, hidup siapa nih. Baik mengaku cepat! Kenapa aku bodoh? Kalaulah korang pergi mana-mana kaunter pertanyaan ajukan soalan camni..  diorang pon serba salah nak gelak ke nak sedih. Sebab memang tak ada boleh nak bagi jawapan pasti. Terus terang, Alhamdulillah Allah bagi aku cukup sifat IQ semua. Nak ikutkan sistem pendidikan malaysia atau mana-mana institusi luar negara sekalipun, orang yang IQ rendah selalu dok kelas belakang. Mereka nih akan dipinggirkan macam kelas hamba abdi dan para pahlawan zaman dulu kala. Hasta kata orang tuh. Aku memang paling membangkang dengan sistem ini. Sebab apa? Sebab kawan aku ramai kat sini. Best woo kawan dengan diorang. Diorang pandai buat lawak... Bodoh. F. Haip. Serius. Macam nilah, gambarkan bila bab hasta nih... Macam golongan kaya dengan orang kaya

Rajin menaip

Hai. Apa khabar semua? Hurmmm... Makan apa harini? Masak ke beli tu? Hah, aku paling suka makan lauk bersantan sebenarnya macam ayam masak lemak cili padi, lodeh atau kari. Tapi disebabkan aku tersangatlah kurang bertimpa-timpa bab nak masak lauk yang kena guna santan. Aku tukar resepi, jadi ayam goreng ala KFC dan kari tanpa santan. Ada aku kisah? Aku masak dan tak sedap tuh belakang kira, dan aku akan paksa korang makan sampai habis. *gelak jahat* Okaylah, merapu meraban pulak dah aku nih. Sebenarnya aku nak cakap yang blog ini wujud sebabkan sifat aku yang memang rajin menulis. Aku agak sel-sel otak aku berhubung awal masa kecik, nanti aku cuba telepon mak aku tanya pasal benda nih. Itupun kalau mak aku ingatlah. Kang tak pasal-pasal dia ingat aku gila tanya benda remeh-temeh nih. Nak tutup malu, aku dah siap-siap sedia tukar topik pasal anak Mak Milah yang kahwin dua tu. Relax, relax, chillll. Serius. Aku memang suka menulis, melukis tu sikit-sikit ah. Puratanya, pandai siki